NOTIS DI BAWAH AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

BERKUAT KUASA: 08/04/25

Notis bertulis ini (“Notis”) dikeluarkan oleh KAF Digital Bank Berhad (Dahulunya dikenali sebagai KAF DB Digital Berhad) untuk memastikan komitment dalam melindungi privasi Data Peribadi pelanggan kami. Notis ini akan memberitahu anda tentang hak anda berkenaan dengan Data Peribadi anda yang telah dan/atau akan, dikumpulkan dan diproses oleh Kami. (Untuk tujuan Notis ini, istilah “data peribadi”, “data peribadi sensitif” dan “pemprosesan” hendaklah mempunyai maksud yang sama seperti yang ditetapkan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”).

DEFINISI

Dalam Notis ini:-

“BNM” bermaksud Bank Negara Malaysia;

“Perkhidmatan Komunikasi” termasuk aplikasi mudah alih, perkhidmatan papan buletin (“bulletin board services”), ruangan ‘chat’, kumpulan berita, forum-forum, komuniti, laman web korporat, kalendar dan/atau apa-apa pesanan atau kemudahan komunikasi lain yang disediakan melalui laman web KAF DB, aplikasi mudah alih, media sosial, platform atau melalui apa-apa komunikasi antara anda dan pihak KAF DB termasuk dan tidak terhad kepada apa-apa surat menyurat, e-mel dan/atau borang permohonan yang telah anda isi;

“Rakan Kongsi Konsortium” adalah termasuk Carsome Sdn. Bhd., MoneyMatch Sdn. Bhd., Jirnexu Sdn. Bhd. dan StoreHub Sdn. Bhd.; KAF Digital Bank Berhad bagi tujuan Notis ini merujuk kepada “KAF DB”, “Kami” atau “Kita”;

KAF Digital Bank Berhad bagi tujuan Notis ini merujuk kepada “KAF DB”, “Kami” atau “Kita”;

“Portal Korporat KAF DB ” merujuk kepada Laman Web Portal KAF DB dan aplikasi mudah alih yang dioperasikan oleh KAF DB;

“Kumpulan KAF” bagi tujuan Notis ini, merujuk kepada semua syarikat yang berkaitan dengan KAF DB, termasuk syarikat induk KAF DB dan semua anak syarikat kepada syarikat induk KAF DB;

“PDPA” bermaksud Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan merangkumi undang-undang subsidiari dan/atau peraturanperaturan yang dikeluarkan selaras dengannya dan peraturanperaturan di bawahnya, atau seperti yang dipinda atau ditambah (“as may be supplemented”) dari semasa ke semasa;

“Data Peribadi” bagi tujuan Notis ini mempunyai maksud sebagaimana yang telah ditafsirkan di dalam PDPA, termasuk Data Peribadi yang dalam milikan atau kawalan KAF Digital Bank Berhad yang secara langsung atau tidak langsung berkaitan dengan anda atau (individu lain) setakat mana identiti anda (atau individu lain), dikenalpasti atau boleh dikenalpasti melalui informasi tersebut atau informasi yang lain yang di dalam pegangan KAF DB;

“Pemprosesan” bagi tujuan Notis ini adalah mempunyai maksud sebagaimana yang telah ditafsirkan di dalam PDPA, termasuk mengumpul, merekod, memegang, menyimpan, mengguna atau penzahiran Data Peribadi.

“Produk Perkhidmatan” termasuklah kesemua Perkhidmatan kewangan Islam sama ada ditawarkan secara dalam talian atau sebaliknya oleh KAF DB, melalui aplikasi elektronik atau manual atau cara-cara yang lain;

“Perkhidmatan” secara kolektif bermaksud Perkhidmatan Komunikasi dan Perkhidmatan Produk, atau apa-apa Perkhidmatan dibawah Perkhidmatan Komunikasi dan Produk Perkhidmatan, sepertimana yang anda gunakan;

“Pihak Ketiga” merujuk kepada agensi-agensi, rakan kongsi perniagaan, rakan kongsi strategik, pembekal perkhidmatan dan/atau mana-mana Pihak Ketiga bagi Tujuan Notis ini.

Notis ini menerangkan: -

a. Jenis Data Peribadi anda yang diproses oleh KAF DB apabila anda memperoleh atau mendapatkan dan/atau menggunakan apaapa Produk Perkhidmatan dan/atau Perkhidmatan Komunikasi daripada KAF DB atau Portal Korporat KAF DB;

b. Di mana atau bagaimana KAF DB mendapatkan Data Peribadi anda (di mana tersedia);

c. Tujuan-tujuan KAF DB mengumpul dan menggunakan Data Peribadi anda;

d. Situasi-situasi atau keadaan-keadaan yang membolehkan KAF DB menzahirkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga;

e. Sama ada anda boleh mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda;

f. Sama ada wajib atau sukarela bagi anda untuk memberikan Data Peribadi anda dan akibat sekiranya anda gagal atau enggan memberikan Data Peribadi anda apabila ianya wajib diberikan; dan

g. Bagaimana untuk menghubungi KAF DB sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan dengan Data Peribadi anda atau sekiranya anda ingin melaksanakan hak anda untuk mendapatkan sesalinan Data Peribadi anda atau membuat pembetulan kepada Data Peribadi anda.

Anda dinasihatkan bahawa, dengan mendaftar dan terus menggunakan Portal Korporat KAF DB dan/atau melanggan “Perkhidmatan”, anda akan dianggap telah bersetuju dan menerima terma-terma yang dinyatakan disini.

1. PENGUMPULAN DATA ANDA

1.1. KAF DB mengumpul Data Peribadi anda daripada sumber-sumber berikut:-

a. Daripada anda, semasa proses pendaftaran dan/atau proses permohonan termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana borang pendaftaran dan/atau borang permohonan yang anda telah anda isi secara “online” atau sebaliknya;

b. Daripada penggunaan Perkhidmatan anda mengikut apa yang dipilih oleh anda, yang disediakan oleh KAF DB;

c. Daripada lawatan anda, dan penggunaan ke Portal Korporat KAF DB.

d. Daripada komunikasi anda bersama kakitangan yang telah diberi kuasa oleh KAF DB.

1.2. Jenis Data Peribadi anda yang mungkin Kami kumpulkan berbeza-beza bergantung kepada Perkhidmatan yang anda nikmati atau perjanjian yang dimeterai anda dengan Kami. Secara amnya, Data Peribadi yang mungkin Kami kumpulkan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, data peribadi berikut; nama, tarikh lahir, umur, nombor Kad Pengenalan Malaysia, nombor passport, atau mana Page 2 of 4 mana nombor pengenalan peribadi lain, kewarganegaraan, etnik, kepercayaan, agama, maklumat biometrik (imej muka/video dan cap jari), pilihan, tandatangan, alamat e-mel, alamat kediaman, nombor telefon, status perkahwinan, gambar, butiran akaun bank, maklumat kad kredit, dan sebarang Data Peribadi lain yang anda berikan atau disediakan kepada kami secara berkala, serta sebarang Data Peribadi tambahan yang mungkin kami kumpulkan daripada anda pada suatu masa nanti.

1.3. KAF DB juga mengumpul maklumat tentang perisian, perkakas komputer dan aplikasi mudah-alih dan perkakas komputer anda secara automatik. Maklumat ini adalah seperti alamat, IP, jenis pelayar web (“browser”), nama domain, akses masa dan laman-laman web yang dituju.

2. TUJUAN MENGUMPUL DAN MEMPROSES DATA PERIBADI ANDA

2.1. Setakat mana yang dibenarkan oleh undang-undang, KAF DB boleh mengumpul dan memproses Data Peribadi anda dalam urusan perniagaan seperti biasa, yang termasuk tetapi tidak terhad kepada perkaraperkara berikut: -

a. Penyimpanan rekod dalaman sepertimana yang ditetapkan oleh undang-undang atau pihak berkuasa/ badan-badan kawal selia termasuk tetapi tidak terhad kepada BNM;

b. Bagi tujuan menjalankan dan/atau pemprosesan Data Peribadi anda berkaitan dengan penggunaan Perkhidmatan Kami atau perjanjian anda dengan Kami;

c. apabila jualan silang dan servis silang Perkhidmatan Produk KAF DB;

d. Bagi tujuan mengesahkan pengenalan diri anda;

e. Bagi tujuan mengenalpasti dan/atau mengelak sebarang aktiviti-aktiviti yang palsu, haram, menyalahi undang-undang, dan/atau aktiviti jenayah;

f. Bagi tujuan aktiviti pemasaran dan promosi;

g. Bagi tujuan manfaat-manfaat berkaitan yang telah diperuntukkan;

h. Bagi tujuan semakan kredit;

i. Bagi tujuan menghubungi anda berkenaan Perkhidmatan yang anda perolehi jika perlu;

j. Bagi tujuan menguatkuasakan, menambahkan dan/atau mempertahankan mana-mana hak kami;

k. Bagi tujuan mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkenaan; dan/atau

l. Tujuan-tujuan lain dalam urusan biasa perniagaan (“ordinary course of business”) Kami yang tidak dinyatakan di sini secara spesifik.

3. SUMBER DATA PERIBADI

3.1. Data Peribadi anda sedang atau akan dikumpul daripada pelbagai sumber, termasuk tanpa had:

a. daripada borang yang diserahkan atau diisi oleh anda atau bagi pihak anda kepada Kami melalui aplikasi mudah alih kami, laman web kami dan/atau sebarang kaedah lain;

b. apabila anda menyertai dalam acara kami;

c. daripada sebarang maklumat atau dokumen yang dikemukakan atau diberikan oleh anda kepada Kami untuk sebarang Tujuan (seperti Kad Pengenalan atau pasport anda);

d. apabila anda menghubungi kami melalui pelbagai kaedah seperti panggilan telefon emel dan/atau menggunakan aplikasi mudahalih;

e. daripada mana-mana pihak ketiga (termasuk tanpa had agensi rujukan kredit, pihak berkuasa dan sumber pihak ketiga yang lain); dan/atau

f. daripada semua komunikasi lain antara anda dan Kami dan semua maklumat lain yang mungkin anda berikan kepada Kami dari semasa ke semasa.

4. HAK DAN TANGGUNGJAWAB ANDA TERHADAP DATA PERIBADI ANDA

4.1. Sekiranya anda: -

a. ingin diberitahu tentang Data Peribadi and yang sedang diproses oleh KAF DB;

b. ingin menerima satu salinan Data Peribadi tersebut;

c. ingin membuat pembetulan Data Peribadi;

d. ingin menarik balik persetujuan bagi memproses Data Peribadi anda; atau

e. ingin memindahkan Data Peribadi anda kepada pengawal data (“data controller”) yang lain.

Sila hantarkan permintaan kepada kami mengikut cara yang dinyatakan di bawah Klausa 10 di bawah.

4.2. Tertakluk kepada Klausa 4.3 dan Klausa 4.4 di bawah, kami akan berusaha untuk mematuhi sebarang permintaan yang dibuat menurut Klausa 4.1 dalam masa dua puluh satu (21) hari selepas menerima permintaan tersebut. Jika gagal, kami akan memaklumkan anda tentang sebab-sebab dalam tempoh yang dinyatakan di atas dan mematuhi setakat yang kami mampu.

4.3. Sila ambil perhatian bahawa Kami mungkin menolak untuk memberikan akses kepada Data Peribadi menurut permintaan yang dibuat di bawah Klausa 4.1 jika:-

a. pemohon tidak membekalkan maklumat yang mencukupi untuk memuaskan hati kami tentang identiti peminta;

b. pemohon tidak membekalkan maklumat yang mencukupi untuk membolehkan kami mencari Data Peribadi yang berkaitan;

c. beban atau perbelanjaan untuk menyediakan akses sedemikian adalah tidak seimbang dengan risiko kepada privasi pemohon;

d. kami tidak boleh mematuhi permintaan tanpa mendedahkan Data Peribadi individu lain;

e. Data Peribadi, secara keseluruhan atau sebahagiannya, dikawal oleh pihak lain dengan cara yang melarang kami daripada mematuhi permintaan tersebut;

f. menyediakan akses akan melanggar perintah mahkamah;

g. menyediakan akses akan mendedahkan maklumat komersial sulit; atau

h. akses sedemikian kepada Data Peribadi dikawal oleh undang-undang lain.

4.4. Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin menolak untuk membetulkan atau mengemas kini mana-mana Data Peribadi menurut permintaan yang dibuat di bawah Klausa 4.1 jika:-

a. pemohon tidak membekalkan maklumat yang mencukupi untuk memuaskan Kami tentang identiti peminta;

b. pemohon tidak membekalkan maklumat yang mencukupi untuk membolehkan kami memastikan bagaimanakah Data Peribadi itu tidak tepat;

c. kami berpendapat bahawa Data Peribadi yang akan diperbetulkan adalah tepat;

d. kami berpendapat pembetulan yang diminta adalah tidak tepat; atau

e. Data Peribadi, secara keseluruhan atau sebahagiannya, dikawal oleh pihak lain dengan cara yang melarang kami daripada mematuhi permintaan tersebut.

4.5. Sekiranya anda ingin menarik balik persetujuan anda terhadap pemprosesan Data Peribadi anda, sila maklumkan kepada kami mengikut cara yang dinyatakan di bawah Klausa 10 di bawah. Sila ambil perhatian bahawa penarikan balik persetujuan anda mungkin menyebabkan anda tidak dapat menggunakan sepenuhnya Perkhidmatan kami kerana Perkhidmatan tersebut bergantung atau melibatkan, secara langsung atau tidak langsung, pemprosesan Data Peribadi anda yang mungkin menjejaskan keupayaan Kami untuk melaksanakan mana-mana kewajipan kami di bawah mana-mana perjanjian yang anda ada dengan Kami. Walau apa pun, penarikan balik persetujuan anda adalah tertakluk kepada pendedahan maklumat anda yang diperlukan untuk pematuhan kami kepada sebarang keperluan undang-undang atau kewajipan kontrak. Kami akan berusaha untuk mematuhi permintaan sedemikian yang dibuat menurut Klausa 4.1 ini dalam masa tujuh (7) hari selepas menerima permintaan tersebut. Kami tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua cara untuk sebarang kehilangan, kerosakan atau liabiliti lain yang mungkin timbul akibat pilihan anda untuk menyimpan Data Peribadi.

5. CARA PERKONGSIAN DATA

5.1. Data Peribadi anda mungkin juga dikongsi dengan Pihak Ketiga, Rakan Kongsi Konsortium kami yang berkaitan dan Kumpulan KAF, untuk tujuan berikut;

a. untuk menyertakan anda dan sebarang tindakan lain yang berkaitan dengan perkhidmatan dan/atau perniagaan Pihak Ketiga, Rakan Kongsi Konsortium kami yang berkaitan (jika berkenaan) dan/atau Kumpulan KAF; atau

b. membenarkan Kami dan Pihak Ketiga, Rakan Kongsi Konsortium Kami yang berkaitan dan/atau Kumpulan KAF untuk memberikan anda sebarang perkhidmatan, perniagaan, dan/atau perkhidmatan pelanggan yang berkaitan, menambah baik perkhidmatan dan/atau perniagaan tersebut, dan mempromosikan perkhidmatan dan perniagaan berkaitan tersebut melalui promosi, tawaran atau ganjaran (jika berkenaan).

5.2. Jika anda telah memberikan kebenaran untuk perkongsian data peribadi anda dengan Pihak Ketiga, Rakan Kongsi Konsortium kami yang berkaitan dan/atau Kumpulan KAF, anda juga memberikan kebenaran untuk kami menghantar sebarang pembetulan Data Peribadi yang anda minta kepada Pihak Ketiga, Rakan Kongsi Konsortium kami yang berkaitan dan/atau Kumpulan KAF, untuk membenarkan mereka mengemas kini rekod mereka.

5.3. Sekiranya anda ingin menarik balik kebenaran anda untuk berkongsi Data Peribadi anda dengan Pihak Ketiga, Rakan Kongsi Konsortium kami dan/atau Kumpulan KAF, sila maklumkan kepada kami mengikut cara yang dinyatakan di bawah Klausa 10 di bawah.

6. LANGKAH KESELAMATAN

6.1. Kami mengambil serius keselamatan data peribadi apabila memproses data peribadi anda. Kami akan melaksanakan langkah-langkah praktikal untuk melindungi data peribadi anda daripada sebarang kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses atau pendedahan tanpa kebenaran atau tidak sengaja, pengubahan atau pemusnahan seperti yang ditetapkan oleh undang-undang, termasuk tetapi terhad kepada:

a. mengawal dan mengehadkan akses pekerja Kami kepada sistem Data Peribadi;

b. menamatkan ID pengguna dan kata laluan serta-merta apabila pekerja Kami yang diberi kuasa tidak lagi mengendalikan Data Peribadi;

c. menyimpan semua fail yang mengandungi Data Peribadi di tempat atau ekosistem yang selamat; dan

d. memastikan semua pekerja Kami yang terlibat dalam memproses Data Peribadi sentiasa melindungi kerahsiaan Data Peribadi anda.

7. TEMPOH PENYIMPANAN DATA PERIBADI

7.1. Kami menyimpan data peribadi anda selama yang diperlukan untuk memenuhi Tujuan utama seperti yang dinyatakan dalam Notis ini dan untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkaitan. Kami akan mengambil semua langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa Data Peribadi anda dimusnahkan atau dipadamkan secara kekal apabila ia tidak lagi diperlukan berdasarkan prinsip pengekalan dan amalan yang ditetapkan di atas.

8. DATA PERIBADI PIHAK-KETIGA

8.1. Jika Data Peribadi yang berkaitan dengan orang lain diperlukan untuk memproses data peribadi anda untuk Tujuan, anda menjamin dan menyatakan kepada Kami bahawa anda telah memperoleh persetujuan yang diperlukan daripada pihak ketiga untuk pemprosesan Data Peribadi yang berkaitan.

9. KETEPATAN DATA PERIBADI

9.1. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat yang anda berikan kepada Kami adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan sentiasa dikemas kini. Anda dikehendaki memaklumkan kepada Kami dengan segera dan tepat tentang sebarang perubahan Data Peribadi anda secara bertulis kepada kami. Rekod anda akan dikemas kini setelah menerima notis sedemikian daripada anda.

10. MAKLUMAT PERHUBUNGAN

10.1. KAF DB mengalu-alukan sebarang pertanyaan mengenai Notis ini, cara kami mengendalikan/atau mengakses Data Peribadi anda, atau untuk membatalkan persetujuan anda terhadap pendedahan Data Peribadi anda atau sekiranya anda tidak ingin dihubungi untuk sebarang aktiviti pemasaran , anda boleh berbuat demikian melalui aplikasi mudah alih, telefon atau e-mel di Pusat Perhubungan kami di:-

KAF Digital Bank Berhad
Tingkat 13, Menara Chulan No.3,
Jalan Conlay 50450, Kuala Lumpur.
Telefon: +603 8744 3331 | Emel: hello@kaf.com.my

11. UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI

11.1. Undang-undang yang terpakai bagi Notis Privasi ini adalah undang-undang Malaysia.

12. PINDAAN

12.1. KAF DB akan mengemaskini (termasuklah membuat pembetulan, menukar atan menambah) Notis ini dari semasa ke semasa untuk memenuhi kehendak atau permintaan pelanggan Kami dan bagi mencerminkan polisi semasa Kami dan perubahan peraturanperaturan dan akta-akta yang terpakai pada waktu dan masa tersebut.

12.2. KAF DB menggalakkan anda untuk sentiasa menyemak Notis ini bagi memastikan anda sentiasa maklum tentang bagaimana KAF DB melindungi maklumat anda.

12.3. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, jika terdapat sebarang ketidakselarasan diantara sebarang kenyataan yang terkandung di dalam Notis ini dan sebarang peruntukan undang-undang, termasuk tetapi tidak terhad kepada PDPA, peruntukan undang-undang akan diguna pakai dan KAF DB berhak untuk membuat sebarang pindaan atau perubahan yang sewajarnya.

13. PERCANGGAHAN

13.1. Sekiranya terdapat sebarang konflik atau percanggahan antara versi Bahasa Melayu Notis ini dan versi Bahasa Inggeris Notis ini, versi Bahasa Inggeris akan terpakai.